Min Qolbi

"Verily in the remembrance of God do hearts find rest." (13:28)

Ya ukhti,
Aku bukanlah ingin memarahi atau mengaibkanmu,
Niat di hati bukanlah begitu,
Tetapi ingin aku luahkan selama ini
apa yang terbuku di hati.

Ya ukhti,
Kau lihat aku sentiasa tersenyum,
Sentiasa gelak ketawa ketika bersamamu,
Mungkin kau anggap aku sentiasa begitu,
Gembira tanpa kerisauan seperti namaku.

Aku juga punya kerisauan
Aku juga punya kesedihan,
Aku juga punya perasaan.

Aku tahu kau juga punya semua itu,
Tapi ya ukhti,
Satu sahaja yang aku minta,
Agar kau memahami bukan kau sahaja yang merasai itu semua.

Kau lihat aku tersenyum,
Tetapi mungkin kau juga tahu
Di sebalik senyuman terdapat seribu kebarangkalian,
Terhadap apa yang aku sembunyikan.

Jangan fikirkan tentang kesedihan dan kerisauanmu sahaja,
Jangan tenggelam dalam dirimu sendiri sahaja,
Lihat di sebelahmu, ukhti
Aku di sini sentiasa memerhatikanmu,
Walau terkadang aku lalai
Untuk bertanyakan tentang hatimu.

Lihat di sebelahmu, ukhti
Aku tahu aku punya kelemahan,
Terkadang aku juga sedih, marah, kecewa,
Bukankah itu semua fitrahku?
Tapi percayalah,
Aku juga mahu bersamamu
Memegang panji-panji jihad
Terus berlari ke arah Yang Satu
Janganlah dikau berpaling ke belakang dan menangisinya
Yakinlah semua yang telah terjadi
Adalah yang terbaik untuk kau dan aku.
Paculah kehadapan
Mungkin kita akan terjatuh bukan hanya sekali
Tetapi
Lihatlah di sebelahmu, ukhti
Akan sentiasa ada tangan untuk membantumu bangun kembali

"Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana bisa jadi
engkau tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari.
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti.
Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal
kata "berhenti" dalam berjihad."
-Syed Qutb

ps. luahan hati dek kerana beberapa peristiwa yang berlaku.

maaf atas segala kesalahan.

wallahu'alam.

13 comments:

what happened farah??

hmm... a lot of things happened. life wouldn't be life if things didn't happen.. =)

Gambate farah..

sabar ek? huhu~
i'll always be here.
:D

salam..
farah wat poetry in malay?
huhu...
kinda weird~

to aisyah:
gambate~ ni aisyah mane ye? kak aisyah khaulah ke? hehe...

to shaq:
hmm.. sabar di atas sabar... =)

to ahmed:
weird?
yelah, aku tak reti bermadah pujangga mcm ko, huhu...

lain bunyinye..

lain?
ko lagi terer bermadah pujangga kot shaq... hihi.
hm, aku tak seseni ko. =)

farah..smg perjuangan ini x terkulai..walaupun ombak yg dtng begitu besar ..tp ia akn surut akhirnya.

uhibbu fillah=0

alala dun point at me ok?
madah pujangge aku xleh challege org lame cam ko. haha.

it's long and hard.......

ultraman comel said...

urm,,,apakah?

Farah aku mmg nda reti sket menilai benda underneath ni...apapon bila ngan aku ko cakap jak depan2 orait???

huh kdg aku ni cam SS >_O ~~~

dah lama x bka blog akak..
but i'm sure,
with all people around you right now,
everything will be fine..
juz put a trust on them,
dan berdoa padaNya..
insyaAllah janji Allah tu pasti..
[41:35]
[2:112]
sayang akak selalu..:)