Min Qolbi

"Verily in the remembrance of God do hearts find rest." (13:28)

Salam wrt

Greetings of peace to all my brothers and sisters!

Afwan kerana sejak kebelakangan ini, banyak posts yang berbaur emosi... It's been a few tough weeks for me, and more tough weeks to come. But no matter what, perjalanan kehidupan mesti diteruskan sehinggalah dipanggil oleh Yang Maha Esa. Semoga setiap langkah yang kita ambil bukanlah sia-sia bahkan membawa kita lebih dekat kepadaNya, insyaAllah.

Ingin aku ceritakan sebuah kisah yang berlaku dahulu.
Tetapi sebelum itu, aku ingin mengungkap semula firman Allah SWT,

"Teman-teman akrab pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." (Az-Zukhruf, 43:67)

Tersebutlah suatu kisah terdahulu terdapat seorang ni yang sgt kuat beribadah... Orang lain takkan kenalnya melainkan melalui ibadah yang dia lakukan. Jumpa je-tgh beribadah... Jumpe lagi-masih beribadah... Jumpe siang dan malam pun tekun beribadah. Namanya Al-Qis. Pada suatu hari, Al-Qis bertemu dengan Salamah (mungkin tidak tepat jika dikatakan bertemu dengannya, tetapi bertemu dengan suaranya) and for the first time, Al-Qis sangat kagum pada Salamah (suaranya). Salamah merupakan hamba seorang pemuda Quraisy. Pemuda Quraisy tersebut mengajak Al-Qis masuk ke rumahnya dan mendengar nyanyian Salamah.

Mula-mulanya Al-Qis tak nak tetapi setelah dipujuk rayu oleh pemuda Quraisy itu, Al-Qis pun menerima. Tetapi Al-Qis berkata,"Janganlah kau letakkan aku di tempat yang aku boleh melihat wanita itu dan wanita itu juga melihat aku!"

Al-Qis pun terus menikmati suara Salamah sehingga satu hari tuan Salamah menyuruh Al-Qis membawa Salamah ke rumahnya. Pada mulanya, Al-Qis tidak mahu tetapi lama-kelamaan, Al-Qis pun membawa Salamah ke rumahnya.

Dan perasaan cinta mulalah berputik di antara mereka berdua sehingga seluruh penduduk Mekah mengetahui perihal mereka berdua.

Sehinggalah suatu hari mereka hampir-hampir sahaja hendak bersentuhan, Al-Qis sempat menghalang dirinya sendiri. Al-Qis berkata,"Sesungguhnya, aku mendengar Allah berfirman: 'Teman-teman akrab pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa.' Aku tidak mahu persahabatan kita berubah menjadi permusuhan di akhirat nanti."

Salamah pula berkata,"Adakah engkau kira bahawa Tuhanmu tidak akan menerima taubat kita apabila kita bertaubat kepadaNya?"

"Benar, namun aku merasa tidak aman jika kematian itu datang kepadaku secara tiba-tiba."

Al-Qis pun bangun berlinangan air matanya dan meninggalkan Salamah dan selama hidupnya tidak pernah berjumpa dengannya lagi.

(Adapted from "Kisah-kisah Para Pencari Tuhan")

Cinta merupakan fitrah manusia. Namun, adakah kita mahu cinta dunia atau cinta hakiki, cinta Allah? Ingatlah, segala cinta kita untuk manusia itu hanya merupakan satu cabang daripada cinta Allah yang Maha Besar.







"Aku cinta kepada siapa yang mengenal kami dengan kurnia-kurniaNya dan aku mencintai siapa yang mencintai kami dengan nikmat-nikmatNya. Dia datang kepada kita dengan membawa pemberianNya yang melimpah ruah, tidak terbatas. Dia sangat dekat sekali dengan hati-hati manusia dan mengabulkan segala permohonan. Dia dinamai dengan nama-nama yang indah, Dia memerintahkan untuk memohon kepadaNya. Sungguh Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mulia, Maha Dekat lagi Maha Mengabulkan."

Wallahu'alam.

2 comments:

ultraman comel said...

utamakan yang berhak~~~~~

bahaya nya cinta pada manusia...
moge Allah
jadi yg utma