Min Qolbi

"Verily in the remembrance of God do hearts find rest." (13:28)

bismillah...

salam wrt,

kerana cinta dan ukhuwah aku mula menulis semula... Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu betapa kosongnya hati ini bila telah lama aku tak menitipkan perasaan, himmah yang membara di sini.

Rasa sangat bersalah pun ada!

Terlalu banyak yang ingin di"share"kan di sini. Hehe... Tetapi, ada satu cerita ni yang kalau saya tak share di sini rasa macam rugi sangat. Jazakumullah juga kepada yang share cerita ini dan meremindkan semula ttg cerita ini pada saya. =)

Warning: Dalam kesemangatan saya bercerita, kemungkinan percampuran bahasa akan berlaku.

Pada Hari Yang Dijanjikan Allah (Hari Akhirat), akan ada satu golongan yang apabila diberi "green light" utk masuk syurga, terus mereka berlarian menuju syurga, tak pandang belakang, atas, bawah, kiri, kanan.. dalam hati-hati mereka terucap rasa syukur dan bahagia yang tiada tandingnya. Dan of course, siapa yang tidak akan buat begitu kan?

Tapi, yang peliknya... ada segolongan lagi yang tidak mahu masuk syurga lagi. Even when they already know that they will be inhabitants of Jannatullah, they will stand still. Dan mereka mula bertanya kepada Allah,"Ya Allah, saudara-saudara kami masih ada di dalam neraka... Saudaraku yang sentiasa bersamaku ketika solat, ketika puasa, (ketika berbuat apa-apa pun amal). Selamatkanlah mereka dari api neraka.. Tolonglah, Ya Allah!" Dan mereka pun merayu-rayu kepada Allah supaya mengeluarkan saudara-saudara mereka dari neraka.

Dan Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang berkata,
"Pergilah dan keluarkanlah di antara saudara-saudaramu mana yang kau rasakan di dalam hatinya ada kebaikan sama dengan satu dinar"..

Berbondong-bondonglah mereka masuk ke neraka untuk menarik saudara-saudara mereka keluar dari neraka. And even at one time, the hellfire reaches till their knees, but it does not burn them. Subhanallah... And they will take whoever they recognize in the Hellfire and quickly take them out from it.

Allah berkata lagi,"Keluarkanlah mana-mana saudaramu yang kau rasa mereka punya kebaikan sama dengan setengah dinar dan mereka pun masuk semula dan mengeluarkan sesiapa sahaja yang mereka kenal. And for the third time, Allah berkata,"Pergilah dan keluarkanlah saudaramu yang kau rasa punya
kebaikan dalam hatinya seberat satu atom pun." Dan sekali lagi, mereka pun turun beramai-ramai untuk mengeluarkan sesiapa yang mereka kenal dari api neraka.

Hmm.. sounds truly unbelievable, no?

But yet, Allah has said in the Quran...

"Surely! Allah wrongs not even of the weight of an atom (or a smallest ant) but if there is any good (done) He doubles it."
4:40

And with that smallest weight of an atom of kindness, He grants Jannah to whomever He wants. Dan apa yang lebih bermakna, apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila
saudara-saudara mereka sendiri yang masih ingat kepada mereka, yang masih ingin menolong mereka walaupun di akhirat nanti, yang selalu dikatakan kita akan melupakan manusia-manusia lain dan bimbang tentang pengakhiran kita sendiri. Tapi berbeza dengan mereka!

Subhanallah, sangat berbeza dengan mereka!

Mereka yang sanggup masuk ke api neraka (yang mengaum dan menjulang tinggi hingga ke langit apinya, yang bila Rasulullah sendiri dengar tentang keadaan di neraka-dengar sahaja-mahu kena heart attack dia!) dan mengeluarkan sahabat-sahabat, keluarga mereka darinya. Dan bukan sekali sahaja masuk neraka tu, sampai 3 kali!
Sangat Penyayangnya Allah, meletakkan rasa cinta dan kasih sayang di dalam hati-hati kita, sehingga kita sanggup mengorbankan segalanya demi cinta dan ukhwah keranaNya.

Siapa kata ukhwah hingga ke akhir hayat sahaja?

Hingga ke syurga, inshaAllah! =))

Wallahu'alam.

ps. for further reference, Sahih Bukhari, Book 9, Volume 93, No. 532s