Min Qolbi

"Verily in the remembrance of God do hearts find rest." (13:28)

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam wrt,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. All thanks are for Him as I breathe today with the understanding and comprehension He has given me. Asif jiddan kerana lama benar tak update blog, rasanya kalau guna vacuum pun tak dapat nak membersihkan sawang-sawang yang ada.. hehe... A few days I thought over the same thing, how I used to be and how it still affects me a little (at times, a lot) Ya benar, masih ada karat-karat Jahiliyah yang kadang-kadang melambatkan pergerakanku.. Mujahadah itu perlu bagi setiap Muslim. Di manakah letaknya iman kalau kita tiada mujadah? I used to think that when I'm about to do something, I just do it. Half-heartedly. What's in it for me, anyway?

But how was I wrong. So wrong.

Rasulullah bersabda, pada "Hari Infinity" nanti, akan ada seorang yang terakhir keluar dari neraka Jahannam. Dan bila dia keluar sahaja, dia rasa dialah orang yang paling beruntung sebab dapat melalui pelbagai azab dan masih dapat keluar dari neraka (padahal rasanya, orang yang memasuki Jannah bukan ke lebih baik?). Allah pun bertanya kepadanya kalau dia perlukan apa-apa lagi.. Dengan senang hatinya, dia menjawab, "Takpe2, ya Allah... aku dah cukup gembira dok bwh pokok yg rendang ni.. byk buahnya, sungai pun ada.."

Dan ceritanya berakhir begitu sahaja.

Hehe... tidak2, itu gurauan sahaja... Dengan izin Allah, Allah menampakkan kepadanya sebuah pokok yang lebih besar dengan lebih banyak buah dan dengan sungai yang lebih besar. Maka, lelaki itu tadi pun meminta kepada Allah agar dipindahkan ke pokok yang lebih besar tu. "Eh, kata tadi dah taknak apa-apa dah?" Allah bertanya (maaf, ayat yang exact tak dapat di kenal pasti). Dan lelaki itu pun merayu-rayu untuk dipindahkan ke pokok yang lebih besar itu. Dengan rahmat Allah, dia pun duduklah di bawah pokok besar itu. Kisah ini berterusan sampailah pada satu masa, Allah menampakkan syurga kepadanya (barangkali lelaki itu panjat pokok dan terintai-intai syurga.. mungkin? Hanya Allah yang tahu) dan serta-merta dia jatuh cinta pada syurga dan merayu dengan gila-gila pada Allah (begging, grovelling, you name it). Dah tiada malu dah untuk terus meminta supaya dimasukkan ke syurga.

Allah pun bertanya,"Adakah kamu nak masuk ke dalam syurga yang isi di dalamnya lebih hebat dari isi di dunia? Adakah kamu nak masuk ke dalam syurga yang isi di dalamnya lebih hebat dari isi di dunia?" Allah pun mengulang-ulang pertanyaan tu sebanyak 10 kali.

Lelaki itu pun terkebil-kebil dan berkata (dalam English best sikit kot), "Oh Allah, are you making fun of me?" "Kau buat lawak dgn aku ke, Ya Allah... Aku nak masuk syurga ni!" Betapa desperatenya lelaki itu nak masuk syurga.

Periwayat hadith itu senyum. Kerana Rasulullah pun tersenyum dan bertanya kepada yang mendengar cerita itu, "Tak nak tanya ke kenapa aku senyum?"

Nak tanya jugalah, "Tak nak tanya ke kenapa aku senyum?"

Kalau tak nak tanya pun takpelah, akan aku kisahkan jua..

Rasulullah senyum sebab Allah SWT pun senyum (sweet kan?). Allah senyum kerana dengan rahmat, kasih sayang dan cintaNya... Dia memasukkan lelaki itu ke dalam Jannah...

Sometimes, we have a very vague idea of how Jannah is like, it is full of grape trees, streams, you can have whatever you want in there. But truth is, it is more than what we think it is. Saya rasa syurga itu macam itu atau macam ini... tidak! Syurga itu lebih dari itu! Lebih dari apa otak kita (walaupun berfikir di luar kotak) dapat membayangkan. It is more than that!! We're talking about infinity here, people!

So, what has this hadith have anything to do with mujahadah?

Like Stephen Covey said... "To begin with the end in mind." In whatever we do, whatever we strive for, we have to have an aim (for example, Jannah), a push that keeps us going, a striving force, an impact force that makes us move with ultimate strength like we've never known before. Jihad untuk melawan diri sendiri, berdakwah dan berjihad fi sabilillah, bekerja untuk Islam sepenuh masa... what makes us go far?

Aim. Objective. And himmah (intention yang tinggi, semangat yang tinggi)

Like a brother once said, "Benjo tak sesedap burger!"

Kenapa? Sebab di dalam benjo, isinya hanyalah telur. Apa yang diperlukan untuk mendapat telur adalah dengan bertelurnya seekor ayam. Ayam tu tak syahid atau pengsan pun semasa bertelur. Tetapi lain pula dengan burger yang isinya daging. Memerlukan pengorbanan seekor kambing! Seekor kambing yang mati untuk memberikan kita burger dan hanya sebiji telur (tanpa apa-apa pengorbanan dari ayam) untuk memberi kita telur.

Di dalam kerja kita, apa sahaja yang kita lakukan, we must try our very best!!! Cubalah sedaya upaya hingga habis tenaga upaya kita! Bekerjalah, belajarlah, berdakwahlah sepenuh tenaga, jiwa dan raga! Ikhlaskan hati tanpa mengharap apa-apa balasan dari orang lain melainkan hanya untuk mardhatillah, nescaya apa orang lain kata, apa orang lain buat, apa yang kita lalui akan kita harungi semuanya kerana Allah sahaja.

Kerana kita punya aim. Dan aim kita itu memerlukan pengorbanan yang BESAR.

"(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."
"Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai, dan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Silalah refer As-Saff, 61:11-12

Semoga yang ditulis ini dapat memberi peringatan bagi yang membaca dan juga yang menulisnya.

Wallahu'alam.