Min Qolbi

"Verily in the remembrance of God do hearts find rest." (13:28)

bismillahirrahmanirrahim...

“Dengan membersihkan hati dan meluruskan niat, hanya untuk mencari ridha Allah, BismillahirRahmaanirRahiim… kami berdua belas mewakili 220 juta rakyat Indonesia, ikut dalam kafilah ini membantu saudara-saudara kita di Gaza yang sedang dizalimi sekaligus menyatakan ‘tidak’ kepada kebiadaban penjajahan Israel selama 63 tahun terakhir ini,” demikian dikatakan Ferry Nur, ketua delegasi Indonesia yang juga Ketua Umum KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestina).

Di samping berjuang utk menghadapi exam, berdoalah semoga ikhwah akhwat fillah kita di Palestin juga tabah dan tsabat berjuang. inshaAllah.

"strength is with none but Allah!"

ps. for more info... click here, and here.
pss. doalah semoga kita ditenangkan hati dan diberikan kemudahan utk memahami dan mengingati ilmu-ilmuNya. (dan tidak lupa juga ketakutan kerana tidak ada perasaan takut dan resah lagi T__T)

allahu'alam

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam wrt,

hari ini aku melihat pokok-pokok kehijauan...
tenangnya sungai Oka ditemani birunya langit...
angin yang sekali-sekala menghembus dari tingkap bas No. 12 itu..
dan di tika itu,
aku merasa rindu...
rindunya padaMu, Ya Allah!
tak terucap rasa, tak terungkap kata
aku inginkan cintaMu, Ya Rabb!

3:191 "(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka..."

Wallahu'alam.

ps. sekadar perkongsian rasa di kala penat berulang-alik dari kelas Dr. Andrei Aleksandrovich Goldenberg.

bismillah...

salam wrt,

kerana cinta dan ukhuwah aku mula menulis semula... Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu betapa kosongnya hati ini bila telah lama aku tak menitipkan perasaan, himmah yang membara di sini.

Rasa sangat bersalah pun ada!

Terlalu banyak yang ingin di"share"kan di sini. Hehe... Tetapi, ada satu cerita ni yang kalau saya tak share di sini rasa macam rugi sangat. Jazakumullah juga kepada yang share cerita ini dan meremindkan semula ttg cerita ini pada saya. =)

Warning: Dalam kesemangatan saya bercerita, kemungkinan percampuran bahasa akan berlaku.

Pada Hari Yang Dijanjikan Allah (Hari Akhirat), akan ada satu golongan yang apabila diberi "green light" utk masuk syurga, terus mereka berlarian menuju syurga, tak pandang belakang, atas, bawah, kiri, kanan.. dalam hati-hati mereka terucap rasa syukur dan bahagia yang tiada tandingnya. Dan of course, siapa yang tidak akan buat begitu kan?

Tapi, yang peliknya... ada segolongan lagi yang tidak mahu masuk syurga lagi. Even when they already know that they will be inhabitants of Jannatullah, they will stand still. Dan mereka mula bertanya kepada Allah,"Ya Allah, saudara-saudara kami masih ada di dalam neraka... Saudaraku yang sentiasa bersamaku ketika solat, ketika puasa, (ketika berbuat apa-apa pun amal). Selamatkanlah mereka dari api neraka.. Tolonglah, Ya Allah!" Dan mereka pun merayu-rayu kepada Allah supaya mengeluarkan saudara-saudara mereka dari neraka.

Dan Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang berkata,
"Pergilah dan keluarkanlah di antara saudara-saudaramu mana yang kau rasakan di dalam hatinya ada kebaikan sama dengan satu dinar"..

Berbondong-bondonglah mereka masuk ke neraka untuk menarik saudara-saudara mereka keluar dari neraka. And even at one time, the hellfire reaches till their knees, but it does not burn them. Subhanallah... And they will take whoever they recognize in the Hellfire and quickly take them out from it.

Allah berkata lagi,"Keluarkanlah mana-mana saudaramu yang kau rasa mereka punya kebaikan sama dengan setengah dinar dan mereka pun masuk semula dan mengeluarkan sesiapa sahaja yang mereka kenal. And for the third time, Allah berkata,"Pergilah dan keluarkanlah saudaramu yang kau rasa punya
kebaikan dalam hatinya seberat satu atom pun." Dan sekali lagi, mereka pun turun beramai-ramai untuk mengeluarkan sesiapa yang mereka kenal dari api neraka.

Hmm.. sounds truly unbelievable, no?

But yet, Allah has said in the Quran...

"Surely! Allah wrongs not even of the weight of an atom (or a smallest ant) but if there is any good (done) He doubles it."
4:40

And with that smallest weight of an atom of kindness, He grants Jannah to whomever He wants. Dan apa yang lebih bermakna, apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila
saudara-saudara mereka sendiri yang masih ingat kepada mereka, yang masih ingin menolong mereka walaupun di akhirat nanti, yang selalu dikatakan kita akan melupakan manusia-manusia lain dan bimbang tentang pengakhiran kita sendiri. Tapi berbeza dengan mereka!

Subhanallah, sangat berbeza dengan mereka!

Mereka yang sanggup masuk ke api neraka (yang mengaum dan menjulang tinggi hingga ke langit apinya, yang bila Rasulullah sendiri dengar tentang keadaan di neraka-dengar sahaja-mahu kena heart attack dia!) dan mengeluarkan sahabat-sahabat, keluarga mereka darinya. Dan bukan sekali sahaja masuk neraka tu, sampai 3 kali!
Sangat Penyayangnya Allah, meletakkan rasa cinta dan kasih sayang di dalam hati-hati kita, sehingga kita sanggup mengorbankan segalanya demi cinta dan ukhwah keranaNya.

Siapa kata ukhwah hingga ke akhir hayat sahaja?

Hingga ke syurga, inshaAllah! =))

Wallahu'alam.

ps. for further reference, Sahih Bukhari, Book 9, Volume 93, No. 532s

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam wrt,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. All thanks are for Him as I breathe today with the understanding and comprehension He has given me. Asif jiddan kerana lama benar tak update blog, rasanya kalau guna vacuum pun tak dapat nak membersihkan sawang-sawang yang ada.. hehe... A few days I thought over the same thing, how I used to be and how it still affects me a little (at times, a lot) Ya benar, masih ada karat-karat Jahiliyah yang kadang-kadang melambatkan pergerakanku.. Mujahadah itu perlu bagi setiap Muslim. Di manakah letaknya iman kalau kita tiada mujadah? I used to think that when I'm about to do something, I just do it. Half-heartedly. What's in it for me, anyway?

But how was I wrong. So wrong.

Rasulullah bersabda, pada "Hari Infinity" nanti, akan ada seorang yang terakhir keluar dari neraka Jahannam. Dan bila dia keluar sahaja, dia rasa dialah orang yang paling beruntung sebab dapat melalui pelbagai azab dan masih dapat keluar dari neraka (padahal rasanya, orang yang memasuki Jannah bukan ke lebih baik?). Allah pun bertanya kepadanya kalau dia perlukan apa-apa lagi.. Dengan senang hatinya, dia menjawab, "Takpe2, ya Allah... aku dah cukup gembira dok bwh pokok yg rendang ni.. byk buahnya, sungai pun ada.."

Dan ceritanya berakhir begitu sahaja.

Hehe... tidak2, itu gurauan sahaja... Dengan izin Allah, Allah menampakkan kepadanya sebuah pokok yang lebih besar dengan lebih banyak buah dan dengan sungai yang lebih besar. Maka, lelaki itu tadi pun meminta kepada Allah agar dipindahkan ke pokok yang lebih besar tu. "Eh, kata tadi dah taknak apa-apa dah?" Allah bertanya (maaf, ayat yang exact tak dapat di kenal pasti). Dan lelaki itu pun merayu-rayu untuk dipindahkan ke pokok yang lebih besar itu. Dengan rahmat Allah, dia pun duduklah di bawah pokok besar itu. Kisah ini berterusan sampailah pada satu masa, Allah menampakkan syurga kepadanya (barangkali lelaki itu panjat pokok dan terintai-intai syurga.. mungkin? Hanya Allah yang tahu) dan serta-merta dia jatuh cinta pada syurga dan merayu dengan gila-gila pada Allah (begging, grovelling, you name it). Dah tiada malu dah untuk terus meminta supaya dimasukkan ke syurga.

Allah pun bertanya,"Adakah kamu nak masuk ke dalam syurga yang isi di dalamnya lebih hebat dari isi di dunia? Adakah kamu nak masuk ke dalam syurga yang isi di dalamnya lebih hebat dari isi di dunia?" Allah pun mengulang-ulang pertanyaan tu sebanyak 10 kali.

Lelaki itu pun terkebil-kebil dan berkata (dalam English best sikit kot), "Oh Allah, are you making fun of me?" "Kau buat lawak dgn aku ke, Ya Allah... Aku nak masuk syurga ni!" Betapa desperatenya lelaki itu nak masuk syurga.

Periwayat hadith itu senyum. Kerana Rasulullah pun tersenyum dan bertanya kepada yang mendengar cerita itu, "Tak nak tanya ke kenapa aku senyum?"

Nak tanya jugalah, "Tak nak tanya ke kenapa aku senyum?"

Kalau tak nak tanya pun takpelah, akan aku kisahkan jua..

Rasulullah senyum sebab Allah SWT pun senyum (sweet kan?). Allah senyum kerana dengan rahmat, kasih sayang dan cintaNya... Dia memasukkan lelaki itu ke dalam Jannah...

Sometimes, we have a very vague idea of how Jannah is like, it is full of grape trees, streams, you can have whatever you want in there. But truth is, it is more than what we think it is. Saya rasa syurga itu macam itu atau macam ini... tidak! Syurga itu lebih dari itu! Lebih dari apa otak kita (walaupun berfikir di luar kotak) dapat membayangkan. It is more than that!! We're talking about infinity here, people!

So, what has this hadith have anything to do with mujahadah?

Like Stephen Covey said... "To begin with the end in mind." In whatever we do, whatever we strive for, we have to have an aim (for example, Jannah), a push that keeps us going, a striving force, an impact force that makes us move with ultimate strength like we've never known before. Jihad untuk melawan diri sendiri, berdakwah dan berjihad fi sabilillah, bekerja untuk Islam sepenuh masa... what makes us go far?

Aim. Objective. And himmah (intention yang tinggi, semangat yang tinggi)

Like a brother once said, "Benjo tak sesedap burger!"

Kenapa? Sebab di dalam benjo, isinya hanyalah telur. Apa yang diperlukan untuk mendapat telur adalah dengan bertelurnya seekor ayam. Ayam tu tak syahid atau pengsan pun semasa bertelur. Tetapi lain pula dengan burger yang isinya daging. Memerlukan pengorbanan seekor kambing! Seekor kambing yang mati untuk memberikan kita burger dan hanya sebiji telur (tanpa apa-apa pengorbanan dari ayam) untuk memberi kita telur.

Di dalam kerja kita, apa sahaja yang kita lakukan, we must try our very best!!! Cubalah sedaya upaya hingga habis tenaga upaya kita! Bekerjalah, belajarlah, berdakwahlah sepenuh tenaga, jiwa dan raga! Ikhlaskan hati tanpa mengharap apa-apa balasan dari orang lain melainkan hanya untuk mardhatillah, nescaya apa orang lain kata, apa orang lain buat, apa yang kita lalui akan kita harungi semuanya kerana Allah sahaja.

Kerana kita punya aim. Dan aim kita itu memerlukan pengorbanan yang BESAR.

"(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."
"Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai, dan ke tempat-tempat yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Silalah refer As-Saff, 61:11-12

Semoga yang ditulis ini dapat memberi peringatan bagi yang membaca dan juga yang menulisnya.

Wallahu'alam.

Salam wrt,

Aunt Swee Moi's funeral ceremony went smoothly, kata abangku. She was cremated katanya lagi. Semoga ayah di rumah dapat tabahkan hatinya. Tidak dapat kukirimkan apa2 kepadanya kecuali kalam-kalam Allah...

Somehow, it might seem imperceptible to us... but I realized how with the smallest of things, or the biggest of things, Allah could make us happy if He wanted to. Like the rain (yes, I really love the rain).. Some people might say, "Oh, it's raining again.." and continue doing whatever it is they're doing but some might jump up and down with happiness and feel a sense of relief and hope. To me, rain is a sign that Allah is still here, right here beside us, caressing us with every drop of rain.

"Allah-lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila Dia menurunkannya kepada hamba-hambaNya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira.."
Ar-Rum, 30:48

Kita sering mabuk dengan kegembiraan dan asyik dalam kejayaan yang kita peroleh sampai kadang-kadang kita lupa semua kekuasaan, semua kekuatan yang kita ada bukanlah milik kita. "Strength is with none but Allah"! Every victory that we achieve, every paper that we score, every exam that we succeed with flying colours, it is all in the power of Allah. Dia berkuasa untuk menjayakan kita dan Dia juga berkuasa untuk menggagalkan kita.

And because of our inevitable tendency to forget, Allah reminds us that with every victory we achieve, always remember to tasbih and istighfar.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat."
An-Nasr, 110:1-3

Tetapi kenapa Allah nak beri kita kemenangan? Maybe it is a test from Him to see how grateful we are towards Him. Do we still remember Him after all the achievements and the success? Sedar tak sedar, setiap masa pun kita diuji, di kala sedih dan juga di kala kita gembira.

And...

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu,"Sungguh Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." Dan tidaklah Allah menjadikannya melainkan sebagai kabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana."
Al-Anfal, 8:9-10

Sweet kan Allah? Memberi kita kemenangan hanya kerana Dia tahu, kita gembira dengan kemenangan itu (setelah berusaha gila2)...

Oleh itu, ingatlah Allah pada setiap masa... =)



ps. blog akan hiatus... (walaupun sblm ni byk je hiatus2nya)

Wallahu'alam.





Pemergianmu membuatku sedih, rindu menggamit kalbu...
Seribu kesalan kerana tak dapat kuluahkan semuanya, tak mampu untuk melakukannya...
Gelak tawamu dan keceriaanmu akan sentiasa mengiringi perjalananku...
Ketabahanmu akan sentiasa kuingati.
Terima kasih kerana sentiasa menyokongku..

Aunt Goh Swee Moi
(1949-2009)

Salam wrt,
Bismillahirrahmanirrahim











Inilah dia kucing yang selalu dalam tajuk perbualan seharian kita, tidak kira di 8th floor atau di 9th floor atau di mana-mana sahaja. Ramai mengatakan mukanya penyek, mukanya garang, bulu lebat macam karpet, suka baring2 dgn position yg kurg sopan, busuk sbb tk mndi, karpet habis dicakar-cakarnya, mcm2 lagilah..

Tetapi walaupun org selalu mengatakan ttg dia, Bam bam inilah, Bam bam itulah... tetapi tetap ada org dtg menjenguknya... mungkin bagi mereka seekor kucing inilah pengubat hati mereka, menceriakan duka hati yang lara (chewah..!). Walaupun malas dan kadang-kadang tidak mahu melayan orang, tetapi keberadaannya dah cukup untuk menyejukkan hati. Cukup terharu juga bila dia bermiao dgn kuat sekali setiap pagi untuk mengejutkan org subuh... Jarang sekali mahu bermain, tetapi bila dia bermain, hati kita pula yang terasa riang... Suka pula pandang orang dengan mata besarnya dan muka kesiannya, sengaja mahu menagih simpati dan bermanja-manja.

Terfikir pula aku mengapalah makhluk sebegini diciptakan?

Isn't everything created in this world is for us humans? Ayam yang berkokok setiap pagi (kat Russia ni tak pernah pula jumpa, tapi teringatkan ayam di kampung), matahari yang bersinar di luar sana membuatkan org Russia yg depressed se depressed-depressednya pun happy, malam sebagai waktu rehat, org-org yg di sekeliling kita sebagai peneman hidup, pokok-pokok hijauan yg membekalkan O2 kpd kita dan mcm2 lg.. Allah itu kan sifatnya Al-Wahhab... memberi dan terus memberi.. tak pernah jemu memberi.. siang dan malam kita berdoa kepadaNya, tidak pula Dia jemu mendengarnya dan insyaAllah Dia akan kabulkan doa kita, Allah tak pernah pun memberi sesuatu yg tiada kegunaannya utk kita, memberi pula tanpa diminta... Rasa-rasanya, tak pernahlah pula kita minta seorang mak yang penyayang, baru Allah nak bagi, betul tak? Mak, sejak dari lahir sentiasa ada di sisi kita...

Actually, every single thing in this universe-if we just stop and ponder about it-has its own role and use and everything is not created just for fun, or just because He wants it there, He puts it there. And He creates all these for us. Just for us. In hopes that we use them the best we can, for the good.

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang." QS An-Nahl, 16:18

Is He not the Most Giving and the Most Loving?

"Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." QS Ali-'Imran, 3:191

ps.Rasa macam gambar tu tak bagi enough credit kat Bam bam. Serious muka dia tkdelah garang mcm ni...

Wallahu'alam.